Gangguan rangka dan otot Senarai_penyakit_anjing

  • Osteoartritis*, juga dikenali sebagai radang sendi merosot, ialah keadaan biasa pada anjing bercirikan kemerosotan rawan sendi pada sendi anggota. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan dan ketempangan yang sangat. Pilihan rawatan termasuk ubat seperti ubat anti-radang bukan steroid, kortikosteroid, dan pengubah suai bendalir sendi seperti glikosaminoglikan. Rawatan lain termasuk pembedahan, urut, demah hangat, kiropraktik, dan akupunktur.[35]
  • Displasia pinggul ialah penyakit keturunan pada anjing yang bercirikan perkembangan tidak normal asetabulum dan kepala tulang paha. Penyakit ini lebih biasa pada baka besar.[6]
  • Displasia siku ialah keadaan yang lebih biasa ditemui pada baka besar. Keadaan ini menggabungkan beberapa keadaan siku berlainan keturunan, termasuk radang rawan tulang kondil tengah humerus, perpecahan proses tulang hasta koronoid tengah.[6]
  • Tempurung lutut terkehel ialah kehelan tengah atau sisi tempurung lutut. Keadaan ini sangat disyaki diwarisi, tetapi juga boleh disebabkan oleh trauma.[36] Keadaan ini lebih biasa pada baka anjing lebih kecil
  • Radang rawan tulang disekan (OCD) ialah perpisahan rawan sendi tidak matang daripada tulang bawah. Keadaan ini disebabkan oleh osteokondrosis, yang bercirikan penulangan endokondral tidak normal rawan epifisis. Keadaan ini paling biasa dilihat pada stifel, siku, bahu, dan keting.[37]
  • Panosteitis ialah penyakit biasa berasal usul yang tidak diketahui yang menyebabkan kesakitan dan ketempangan kaki berubah-ubah pada anjing baka sederhana dan besar. Penyakit ini menjejaskan tulang panjang anggota belakang dan hadapan.[38]
  • Sindrom Legg-Calvé-Perthes, juga dikenali sebagai penyakit Perthes atau nekrosis asepsis kepala tulang paha, bercirikan kecacatan kepala tulang paha dan kesakitan pinggul. Penyakit ini berlaku pada anak anjing baka kecil.[6]
  • Sakit belakang* pada anjing, terutamanya pada baka berbelakang panjang, seperti anjing pemburu basset dan dachshund, biasanya disebabkan oleh penyakit cakera antara ruas tulang belakang. Penyakit ini disebabkan oleh kemerosotan dan tonjol cakera dan pemampatan saraf tunjang. Penyakit ini paling biasa berlaku di kawasan serviks dan torakolumbar. Tanda teasuk sakit belakang, kelemahan anggota belakang, dan kelumpuhan.[39]
  • Anomali ruas tulang belakang kongenital, termasuk ruas tulang belakang kupu-kupu, bongkah, dan peralihan, dan hemivertebra, ialah koleksi pencanggaan tulang belakang pada haiwan. Kebanyakannya tidak ketara secara klinikal, tetapi boleh menyebabkan pemampatan saraf tunjang dengan mencacatkan terusan ruas tulang belakang atau menyebabkan ketidakstabilan.[6]
  • Sakit tulang tengkorak-rahang bawah ialah penyakit keturunan pada terier putih Tanah Tinggi Barat dan juga berlaku pada baka terier lain. Penyakit ini ialah penyakit berkembang pada anak anjing menyebabkan perubahan tulang berlebihan pada rahang bawah dan tengkorak. Tanda termasuk kesakitan pada bukaan mulut.[40]
  • Sakit tulang hipertrofi ialah penyakit tulang sekunder kepada penyakit di dalam paru-paru. Penyakit ini bercirikan pembentukan tulang baharu di luar tulang panjang.[6]
  • Osteodistrofi hipertrofi ialah penyakit tulang pada anjing baka besar cepat membesar. Tanda termasuk bengkak metafisis (bahagian tulang bersebelahan dengan sendi), kesakitan, kemurungan, kehilangan selera, dan demam. Penyakit ini biasanya dwisisi pada tulang anggota.[41]
  • Spondilosis*, juga dikenali sebagai spondilosis deformans pada anjing, ialah pertumbuhan osteofit pada permukaan hadapan dan sisi jasad ruas tulang belakang. Ini biasanya merupakan jumpaan kebetulan pada radiograf dan jarang menyebabkan gejala.[39]
  • Radang otot pengunyahan (MMM) ialah penyakit keradangan pada anjing menjejaskan otot rahang. Tanda termasuk bengkak otot rahang dan kesakitan pada bukaan mulut. Dalam MMM kronik ada atrofi otot rahang, dan parut otot pengunyahan kerana fibrosis mungkin menyebabkan ketidakbolehan untuk membuka mulut (trismus).[6]

Rujukan

WikiPedia: Senarai_penyakit_anjing http://www.uq.edu.au/ccah/index.html?page=43608&pi... http://ic.upei.ca/cidd/disorder/von-willebrands-di... http://www.upei.ca/cidd/Diseases/musculoskeletal/p... http://www.upei.ca/cidd/Diseases/nervous%20system%... http://www.bd.com/us/diabetes/page.aspx?cat=7001&i... http://www.bd.com/us/diabetes/page.aspx?cat=7001&i... http://www.bordercolliehealth.com/TNSdatabase.html http://www.chronolab.com/point-of-care/index.php?o... http://www.cliniciansbrief.com/cms/portals/_defaul... http://www.dechra-us.com/files/dechra/Downloads/Ph...